Digital Tools for journalists / Alat Digital untuk Wartawan

AAJA-Asia dan Google News Initiative (GNI) kini bekerjasama untuk menawarkan latihan dan pendekatan percuma kepada wartawan di Asia yang ingin meningkatkan kemahiran kewartawanan mereka dan menggunakan alat digital terkini untuk mencari berita, memeriksa fakta, membuat laporan dan bercerita.

Dari 2019-2020, Jaringan Latihan AAJA-Asia melatih lebih dari 600 orang di 5 pasaran Asia termasuk Hong Kong, Singapura, Tokyo, Manila, dan Bangkok. Ia kini terdiri daripada 21 pelatih bertauliah yang boleh melatih dalam bahasa Inggeris dan 8 bahasa Asia (Bahasa Indonesia, Bahasa Malaysia, Kantonis, Jepun, Korea, Mandarin, Tagalog, Thai).

Acara akan datang:

Alat Digital untuk Wartawan

Sabtu 12 Jun 2021 – 2:00 hingga 3:30 petang (SGT)

Sesi ini akan memberikan gambaran umum mengenai alat dan aliran kerja dalam talian terkini dan percuma yang boleh digunakan oleh wartawan untuk mencari dan melaporkan berita. Bengkel ini akan memberi tumpuan kepada cara mencari dan memantau tren berita dalam talian dan menggunakan alat digital untuk meningkatkan mutu laporan. Ia akan merangkumi alat / topik berikut:

  • Google Drive dan alat
  • Carian terperinci
  • Trend Google
  • Makluman + Pengarkiban
  • Memantau Keadaan

Daftar di sini

Pelatih:

Hazlina Abdul Halim adalah mantan pengacara televisyen, wartawan, penyampai berita dan penyiar radio. Jawatan terakhir beliau di bilik berita ialah sebagai editor di CNA, di mana Hazlina mengurus tugasan wartawan dan merancang liputan berita untuk acara global & serantau utama termasuk Sidang Kemuncak Trump-Kim, Mesyuarat dan Sidang Kemuncak Menteri ASEAN, Dialog Shangri-La serta Pilihan Raya Umum dan Presiden Singapura. Hazlina juga merupakan mantan pensyarah dalam bidang kewartawanan, televisyen, radio & siaran di Politeknik Temasek.

 

 

 

 

 

 

About the Google News Initiative: Google’s mission is to organize the world’s information and make it universally accessible and useful. The Google News Initiative is our effort to work with the news industry to help journalism thrive in the digital age. The Google News Lab, an initiative under the GNI, was created to support the distribution and creation of the information that keeps us all informed about what’s happening in our world today – quality journalism. Today’s news organizations and media entrepreneurs are inventing new ways to discover, create and distribute news content – and we’re here to provide tools, data, and programs designed to help. For more information, visit g.co/newsinitiative.